:
SEJARAH PENUBUHAN


PENDAHULUAN

INSTITUT UTHMANI DARUL HADIS ( IUDH ) SELANGOR atau nama asalnya Maahad Tahfiz Darul Hadis Selangor pada mulanya ditubuhkan pada 17 Januari 2015. Bermula dengan perkenan oleh Syeikh Muhd Zainulasri Bin Hj Romli selaku pengasas Darul Hadis Malaysia untuk menubuhkan satu cawangan Tahfiz di zon tengah di tanahair. Seawalnya pada tahun ini, pelajar lelaki seramai 18 orang ditempatkan di rumah No1 Jalan Sastera Dua U2/1B, Taman TTDI Jaya, manakala pelajar perempuan ditempatkan di rumah wakaf sementara di Taman Gombak, Selangor seramai 9 orang. 

Tahun 2016 pelajar perempuan dibubarkan dan dipindahkan ke darul Hadis pusat yang pada itu bertempat di Tok Keling, kedah. Keadaan tahun 2016 hanya tinggal pelajar lelaki seramai 18 orang sehinggalah di pertengahan tahun 2016 pihak tahfiz mendapatkan satu sistem hafazan baru kaedah cepat maka diteruskan pengambilan baru untuk tahun 2017.

Maka bermula tahun 2017, pelajar seramai 39 org yang terdiri daripada 23 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan. Pada tahun 2017 corak pentadbiran agak lebih sistematik dan pelbagai pembaharuan termasuk sistem Hafazan yang disingkatkan dari 3 tahun kepada 12 bulan dengan menggunakan kaedah STIFIn Hafazan. Alhamdulillah seramai 20 orang yang berjaya Khatam 30 Juzuk Alquran dalam tempoh 7-12 bulan dan baki selebihnya pelajar diberi peluang kedua menghabiskan hafazan di tahun 2018.

Kini, Tahfiz Darul hadis melangkah ke peringkat lebih tinggi dengan diubah nama kepada Institut sesuai dengan isinya melahirkan Graduan Huffaz dalam tempoh yang singkat. Nama Institut ini secara rasminya digunakan pendaftarannya secara sah di peringkat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan digunapakai nama ini secara menyeluruh pada tahun 2019. Institut Uthmani Darul Hadis adalah hasil nama yang telahpun diberikan oleh Dr. Azizan Osman dan mendapat perkenan dan persetujuan dari Syeikh Muhd Zainulasri iaitu pengasas dan pengerusi Yayasan Mujamma' Darul Hadis Malaysia (YAMDAH).

Dr Azizan Osman adalah seorang usahawan berjaya di malaysia dan kini suka dan memberi perhatian kepada Institusi Keagamaan khususnya Tahfiz bagi membangunkan kewangan Tahfiz yang sejak kebelakangan ini rata-rata Tahfiz tidak cukup kewangan untuk menampung kos operasi harian mereka maka dianjurkan satu syarikat ditubuhkan FUDHLA GLOBAL SOLUTIONS  beridentitikan syarikat bagi membantu dana pembiayaaan operasi Tahfiz didalam dan luar kariah disamping kutipan yuran yang dijelaskan oleh pelajar-pelajar sedikit sebanyak membantu Institusi keagamaan ini lebih berkembang dan seterusnya punyai sistem yang baik yang boleh diterimapakai oleh masyarakat umum dan mampu bersaing dengan institusi tempatan yang lain. Dengan tersenarainya kepakaran ini , amat diharapkan Institut Uthmani Darul Hadis ini akan lebih bermanfaat dan disedari nilainya yang begitu tinggi dan lebih ramai masyarakat diluar sana mendapat manfaatnya. 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz dibawah pentadbiran Maahad Darul Hadis Selangor bagi melahirkan anak-anak (terutama anak-anak qariah) huffaz Al-Quran yang berakhlak mulia sebagai persediaan untuk meneruskan pembelajaran dan menguasai pelbagai sudut ilmu Al-Qur’an dan amalannya secara sepenuh masa di Darul Hadis atau Institusi yang setaraf.
  • Mengembelingkan para ilmuan, dermawan dan pemikir dari kariah TTDI Jaya dan Darul Hadis untuk berkerjasama membangunkan dan menjalankan operasi sebuah Intitusi Tahfiz yang sempurna dari segi kaedah pembelajaran, perguruan dan sebagainya.

MISI

  • Menyediakan prasarana, guru dan pengurusan tahfiz yang sesuai untuk mendidik anak-anak seawal 13 tahun, celik Al-Qur’an dan mula belajar menjadi huffaz Al’Qur’an.
  • Memperkenalkan kepada anak-anak tahfiz pendidikan akhlak, ilmu Fardhu ain dan kemahiran hidup sebagai asas kukuh menjadi generasi Islam yang sempurna dan stabil.
  • Menanamkan sifat cintakan Allah swt dan Rasulullah saw sebagai asas yang kukuh melahirkan jiwa-jiwa ulamak sezaman sahabat dan mampu menjadi para ulamak haraki dan murabithun masa depan.
  • Mewujudkan prasarana dan suasana bagi menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar Mahaad Tahfiz.

VISI

جيل القران الفريد 

“Membentuk generasi huffaz peribadi cermin Al-Quran”

Melahirkan anak-anak huffaz al-qur’an yang bakal menjadi alim ulama’ pewaris nabi yang tersohor bagi memimpin umat di masa depan.