Temuduga akan dijalankan pada
Fasa 1 : 27 September 2020
Fasa 2 : 11 Oktober 2020
Fasa 3 : 25 Oktober 2020
Fasa 4 : 9 November 2020
Fasa 5 : 22 November 2020
Fasa 6 : 6 Disember 2020
Hubungi 018-3101781 atau 011-11275227 atau 011-19711016.
DI ALAMAT
NO 1 JALAN OPERA J U2/J INSTITUT UTHMANI DARUL HADIS, TAMAN TTDI JAYA, SHAH ALAM, SELANGOR.
(TERHAD untuk 60 Pelajar Lelaki/ 25 Perempuan).
KAEDAH PROSES TEMUDUGA
1- Tempoh dalam masa 2 jam.
2- Daftar nama, Isi Borang. Yuran temuduga Rm30 seorang.
SEJAM PERTAMA :
1- Guru akan memilih mukasurat alquran secara rawak.
2- Calon diberi ruang untuk menghafal dalam masa 1 jam.
SEJAM KEDUA :
1- Calon dikehendaki Mentasmik hafazan yang dihafal.
2- Calon perlu membaca melihat mushaf kurang 2.5 minit semuka.
3- Lima (5) Perkara yang menjadi catitan guru :
*Fasohah - 1 m/s tidak melebihi 2Min 30 saat. ( 20 Markah )
*Tajwid. ( 20 Markah )
*Makhraj Huruf. ( 20 Markah )
*Waqaf Wal Ibtida'. ( 20 Markah )
*Qalqalah. ( 20 Markah )
KEPUTUSAN TEMUDUGA
1- Kesanggupan pelajar untuk menghafal atas kesanggupan dirinya sendiri.
2- Pelajar dan Waris sanggup mengikuti arahan dan peraturan yang ditetapkan.
3- Sanggup belajar dan tingkatkan akhlak diri.
4. KEPUTUSAN TEMUDUGA PADA WAKTU ITU JUGA :
KEPUTUSAN PELAJAR DIKATEGORIKAN KEPADA 4 KUMPULAN (MENGIKUT TAHAP BACAAN ALQURAN).
Kumpulan 2 : TAHSIN TAHFIZ
- >>Didapati tahap penguasaan bacaan hanya 30% hingga 50%. Masih banyak yang perlu diperbetulkan.
- >>Pengajian 12 Bulan ini hanya dianggarkan dapat menghafaz antara 10 hingga 20 juzuk bagi kumpulan ini.
- >>Setiap muka surat yang hendak dihafal, maka akan ditahsin bersama dengan Guru terlebih dahulu.
- >>Pelajar kumpulan ini jika bersungguh-sungguh dalam pembetulan bacaan, maka tidak mustahil untuk dapat hafal 30 juzuk dalam masa 12 bulan.
- >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz.
Kumpulan 3 : TAHFIZ
- >>Didapati tahap penguasaan bacaan hanya 50% hingga 70%.
- >>Pengajian tempoh 12 Bulan ini, berpeluang menghabiskan 30 juzuk Alquran.
- >>Pengalaman kami kumpulan ini akan habis khatam Hafazan antara 7 - 10 bulan pengajian.
- >>Kumpulan ini juga berpeluang mendapatkan ITHBAT 10 Juzuk ( Ujian Pengulangan Hafazan ) selepas tamat hafazan 30 juzuk.
- >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz ini.
Kumpulan 4 : TAHFIZ ZIYADAH
- >>Kumpulan ini biasanya datang dari Tahfiz lain. Sudahpun menghafaz beberapa juzuk dan tahap bacaan adalah antara 70% hingga 90%.
- >>Pelajar kumpulan ini berkemungkinan dapat menghabiskan hafazan 30juzuk dalam waktu singkat iaitu 3 hingga 7 bulan.
- >>Pelajar kumpulan ini juga berpeluang mendapatkan ITHBAT ( Ujian Pengulangan Hafazan ) kategori 10 atau 20 juzuk.
- >>Berpeluang untuk ambil lebih awal ITHBAT kategori 10, 20, 30 juzuk.
- >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz ini.
Kumpulan 5 : ITHBAT/SHAHADAH
- >>Kumpulan ini adalah pelajar yang sudah khatam 30 juzuk di tahfiz lain. Tahap bacaan sangat baik 90% hingga 100%.
- >>Pengajian 12 Bulan ini sangat baik bagi beliau untuk mengambil ITHBAT 30 Juzuk. ( Ujian Pengulangan Hafazan )
- >>Sijil Khas ITHBAT dari PITAS akan dikeluarkan.
- >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz.
NOTA : Berikut adalah berdasarkan pengalaman kami sepanjang pengendalian pelajar-pelajar kami sebelum ini.
Meskipun begitu, kejayaan seseorang itu terletak kepada Kasih sayang dan Rezeki Allah swt jua.
Berminat...?
Sila daftar sekarang...
Klik 'Pendaftaran Pelajar' kemudian 'Pendaftaran Baru' dibahagian MENU