Utama > PROSES TEMUDUGA

03-Oct-2018

Temuduga akan dijalankan pada

Tarikh 1 : 7 Oktober 2018

Tarikh 2 : 14 Oktober 2018

Tarikh 3 : 21 Oktober 2018

Tarikh 4 : 28 Oktober 2018

Tarikh 5 : 18 November 2018

Tarikh 6 : 2 Disember 2018. ( OPEN DAY )

 Tarikh : Dibuka setiap hari bermula jam 9pg - 5 petang. ( Sehingga Kouta Penuh )

Hubungi 018-3101781 atau 011-11275227 atau 011-19711016.

DI ALAMAT

NO 1 JALAN SASTERA DUA U2/1B, TAMAN TTDI JAYA, SHAH ALAM, SELANGOR. 

 

( TERHAD untuk 60 Pelajar Lelaki/ 25 Perempuan )

10 Pelajar ASNAF ditaja SEPENUHNYA.

 

KAEDAH PROSES TEMUDUGA

1- Tempoh dalam masa 2 jam.

2- Daftar nama, Isi Borang. Yuran temuduga Rm10 seorang.

 

SEJAM PERTAMA :

1- Guru akan memilih mukasurat alquran secara rawak.

2- Calon diberi ruang untuk menghafal dalam masa 1 jam.

 

SEJAM KEDUA :

1- Calon dikehendaki Mentasmik hafazan yang dihafal.

2- Calon perlu membaca melihat mushaf kurang 2.5 minit semuka.

3- Lima (5) Perkara yang menjadi catitan guru :

*Fasohah - 1 m/s tidak melebihi 2Min 30 saat. ( 20 Markah ) 

*Tajwid. ( 20 Markah )

*Makhraj Huruf.  ( 20 Markah )

*Waqaf Wal Ibtida'.  ( 20 Markah )

*Qalqalah.  ( 20 Markah )

 

KEPUTUSAN TEMUDUGA 

1- Kesanggupan pelajar untuk menghafal atas kesanggupan dirinya sendiri.

2- Pelajar dan Waris sanggup mengikuti arahan dan peraturan yang ditetapkan.

3- Sanggup belajar dan tingkatkan akhlak diri. 

4. KEPUTUSAN TEMUDUGA PADA WAKTU ITU JUGA : 

KEPUTUSAN PELAJAR DIKATEGORIKAN KEPADA 5 KUMPULAN ( MENGIKUT TAHAP BACAAN ALQURAN ). 

Kumpulan 1 : TAHSIN

  • >>Makhraj Huruf, Tajweed, Qalqalah, Fasohah, Waqaf wal Ibtida' hanya 10% hingga 30% tahap penguasaan bacaan.
  • >>Pengajian 12 Bulan ini hanya dianggarkan dapat menghafaz antara 3 - 10 Juzuk bagi kumpulan ini.
  • >>Ini kerana masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan sebelum pelajar ini menghafaz.
  • >>Setiap muka surat yang hendak dihafal, maka akan ditahsin bersama dengan Guru terlebih dahulu.
  • >>Pelajar kumpulan ini jika bersungguh-sungguh dalam pembetulan bacaan, maka tidak mustahil untuk dapat hafal 30 juzuk dalam masa 12 bulan. 
  • >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz. 

 

Kumpulan 2 : TAHSIN TAHFIZ

  • >>Didapati tahap penguasaan bacaan hanya 30% hingga 50%. Masih banyak yang perlu diperbetulkan. 
  • >>Pengajian 12 Bulan ini hanya dianggarkan dapat menghafaz antara 10 hingga 20 juzuk bagi kumpulan ini.
  • >>Setiap muka surat yang hendak dihafal, maka akan ditahsin bersama dengan Guru terlebih dahulu.
  • >>Pelajar kumpulan ini jika bersungguh-sungguh dalam pembetulan bacaan, maka tidak mustahil untuk dapat hafal 30 juzuk dalam masa 12 bulan.
  • >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz. 

 

Kumpulan 3 : TAHFIZ

  • >>Didapati tahap penguasaan bacaan hanya 50% hingga 70%.
  • >>Pengajian tempoh 12 Bulan ini, berpeluang menghabiskan 30 juzuk Alquran.
  • >>Pengalaman kami kumpulan ini akan habis khatam Hafazan antara 7 - 10 bulan pengajian. 
  • >>Kumpulan ini juga berpeluang mendapatkan ITHBAT 10 Juzuk ( Ujian Pengulangan Hafazan ) selepas tamat hafazan 30 juzuk. 
  • >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz ini. 

 

Kumpulan 4 : TAHFIZ ZIYADAH

  • >>Kumpulan ini biasanya datang dari Tahfiz lain. Sudahpun menghafaz beberapa juzuk dan tahap bacaan adalah antara 70% hingga 90%.
  • >>Pelajar kumpulan ini berkemungkinan dapat menghabiskan hafazan 30juzuk dalam waktu singkat iaitu 3 hingga 7 bulan.  
  • >>Pelajar kumpulan ini juga berpeluang mendapatkan ITHBAT ( Ujian Pengulangan Hafazan ) kategori 10 atau 20 juzuk.
  • >>Berpeluang untuk ambil lebih awal ITHBAT kategori 10, 20, 30 juzuk. 
  • >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz ini. 

 

Kumpulan 5 : ITHBAT/SHAHADAH

  • >>Kumpulan ini adalah pelajar yang sudah khatam 30 juzuk di tahfiz lain. Tahap bacaan sangat baik 90% hingga 100%.
  • >>Pengajian 12 Bulan ini sangat baik bagi beliau untuk mengambil ITHBAT 30 Juzuk. ( Ujian Pengulangan Hafazan )
  • >>Sijil Khas ITHBAT dari PITAS akan dikeluarkan. 
  • >>Diberi Surat Tawaran kemasukan jika berminat memasuki Tahfiz. 

 

NOTA : Berikut adalah berdasarkan pengalaman kami sepanjang pengendalian pelajar-pelajar kami sebelum ini.

Meskipun begitu, kejayaan seseorang itu terletak kepada Kasih sayang dan Rezeki Allah swt jua.

 

 

Berminat...?

Sila daftar sekarang...

Klik 'Pendaftaran Pelajar' kemudian 'Pendaftaran Baru' dibahagian MENU