Utama > AUDIT HAFAZAN

03-Oct-2018

AUDIT HAFAZAN STIFIn

Diantara keistimewaan Hafazan STIFIn ini ialah adanya satu jabatan khas untuk memantau Hafazan pelajar dan perlaksanaan guru-guru mengikut method STIFIn yang sebenar.

Proses ini dipanggil Audit Hafazan STIFIn.

Proses ini bertujuan untuk melahirkan Graduan Hafazan Alquran sesuai dengan kaedah yang diketengahkan. Ianya adalah pihak luar yang terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam bidang hafazan STIFIn dan memantau perjalanan pelajar agar lebih efektif dan sistematik.

Audit Hafazan ini diketuai oleh Dato Dr baha Hj Nordin selaku Presiden STIFIn Malaysia, bersama-sama dengan kumpulan guru yang CERTIFIED Hafazan STIFIn. Proses ini dijalankan sebanyak 5x sepanjang tahun. Dan dari sinilah pelajar itu akan dibimbing bermula dengan memahami kaedah sebenar hafazan sendiri, penggunaan kertas Transfer, dan hasil perlaksanaan hafazan. Sememangnya pelajar akan ditebuk hafalannya oleh jabatan ini dan setiap pelajar apabila diaudit, maka ada rekod yang tercatat dan ada tindakan susulan sebagai langkah penambahbaikan dan pengekalan teknik hafazan bagi setiap pelajar. 

 

UJIAN ITHBAT 10 JUZUK  ( PRA SHAHADAH 10 JUZ )

Hanya layak kepada pelajar yang sudah menamatkan hafazan 30 juzuk Alquran. Manakala gurunya pula ialah Guru pakar yang berkemahiran dan pernah menghafaz 30 juzuk sijil Shahadah sahaja yang layak mengambil pelajar-pelajar ini. 

Ujian ini diambil dari guru-guru pakar dan berkemahiran tinggi dalam hafazan alquran. Dinilai mengikut Makhraj Huruf, Bacaan Tajweed, Fasohah Kelancaran bacaan, membaca alquran tanpa melihat mashaf, memperdengarkan hafazan 10 juzuk dihadapan guru dengan tidak melebihi 10kali kesalahan. Gurunya juga tidak melihat mashaf dalam ujian ini. Proses Ithbat ini mengambil masa 10 ke 20 jam bagi seorang pelajar bersama gurunya.

Sijil Ithbat 10 Juzuk ini akan dikeluarkan oleh pihak Institut dan Persatuan Institusi-institusi Tahfiz Selangor ( PITAS ). Dan ianya semestinya sangat bernilai kepada pelajar yang sudah khatam 30 juzuk dalam masa 10 bulan dan memperolehi sijil Ithbat 10 Juzuk ini. 

Bukan sekadar menghafal 30 juzuk, akan tetapi juga ingat kuat hafazannya paling kurang 10 juzuk. Program ini berjalan dalam masa 10 bulan bagi pelajar yang betul-betul memberi komitmen dengan hafazannya masing2.

Bagi pelajar yang berkemampuan untuk mendapatkan Ithbat 30 juzuk maka pihak Tahfiz sangat mengalu2alukan dan diaturkan silibusnya bagi pelajar yang bersedia.