03-Oct-2018
Masalah disiplin pelajar sememangnya memerlukan perhatian yang serius sejajar dengan Matlamat Pendidikan JAIS untuk melahirkan pelajar yang sepenuhnya berilmu dan berakhlak mulia, Kukuh dengan nilai-nilai Islam bagi melahirkan insan Muttaqi serta mendapat keredhoaan Allah swt.
Penerbitan Modul Program Sistem Penalti ( PSP ) ini diharapkan agar dapat digunakan sebagai panduan pengurusan disiplin sekolah yang lebih berkesan dan dapat menyelaraskan tindakan disiplin keatas murid-murid di seluruh negeri selangor.
Pihak sekolah bertanggungjawab melaksanakan program ini, membuat pemantauan keberkesananan sistem ini secara berterusan dan memberikan cadangan-cadangan bagi penambahbaikan sistem ini secara berterusan.
Proses pendidikan merupakan proses yang berterusan dan memerlukan perubahan sesuai dengan keperluan semasa. Justeru, keprihatinan semua warga sekolah termasuk JIBG, masyarakat setempat serta agensi kerajaan yang lain adalah perlu untuk mencapai kejayaan PSP di sekolah. Mudah-mudahan segala usaha kita ini diredhoi dan diberkati Allah swt.
Contoh Surat Akujanji Pelajar :