:
HAFAZAN%20ALQURAN%2030%20JUZUK


 

SILIBUS 2 TAHUN PENUH 

PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN 30JUZ

&

ITHBAT / SHAHADAH

 

TAHUN PERTAMA :

1- TAHSIN AL-QURAN / TAHSIN / NAZIRAH

2- HAFAZAN ALQURAN 30 JUZUK

3- ILMU DINIAH 

   - TAUHID

   - FEQAH

   - HADIS

4- SILIBUS HAFAZAN HADIS ( SILIBUS TAHUNAN )

5- BAHASA ARAB ASAS

 

TAHUN KEDUA :

1- ITHBAT 10 JUZUK.

2- SIJIL SHAHADAH.

3- AKADEMIK ASAS : ( DALAM PERANCANGAN )

     - BAHASA ARAB

     - BAHASA INGGERIS

     - MATEMATIK

4- PEPERIKSAAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA ( STM ) bagi yang layak.

 .................................................................................

 

SISTEM PEMBELAJARAN DI INSTITUT UTHMANI DARUL HADIS (IUDH) 

 

ADA 4 FASA.

 

FASA PERTAMA : TAHSIN 

 

>> Masuk sahaja pelajar baru ke IUDH, maka bermulalah Fasa Tahsin.

>> Pelajar melancarkan Bacaan Alquran & Penguasaan Ilmu Tajwed Asas.

 

>> Digalakkan Khatam bacaan 1x terlebih dahulu sebelum memulakan Masuk Fasa kedua iaitu Hafazan.

>> Ujian Bacaan oleh Mudir untuk melayakkan diri ke Fasa Hafazan. 

KUMPULAN 1 : TAHSIN 

KUMPULAN 2 : TAHSIN TAHFIZ 

KUMPULAN 3 : TAHFIZ

KUMPULAN 4 : TAHFIZ ZIYADAH

KUMPULAN 5 : ITHBAT/SHAHADAH

>>> Pelajar akan diberimaklum tentang tahap pencapaian bacaan masing2 mengikut kumpulan/kategori  yang ditetapkan. Tahap bacaan ini semestinya mempengaruhi pencapaian keberhasilan hafazan nanti. Kategori ini biasanya diperolehi selepas ujian temuduga dijalankan. 

 

FASA KEDUA : HAFAZAN FAST TRACK

>> Fasa ini bermula bulan FEBRUARI sehingga bulan OKTOBER.

>> Dibimbing oleh guru dalam menghafal. Ujian STIFIn membantu pelajar mengikut Mesin Kecerdasan ( MK ) masing-masing untuk menghafaz alquran. 

>> Sewaktu proses Hafazan, Adanya Silibus Saba', Sabqi dan Manzil pada setiap hari. Purata Pelajar akan menghafaz dan mengulang hafazan mereka antara 1 - 20 ms sehari. 

>> Memerlukan kesediaan, kesungguhan dan komitmen yang betul bagi setiap pelajar dalam mencapai misi ini. 

PELAKSANAAN SILIBUS PENGAJIAN :

SABA' : Hafazan Mukasurat Baru 

SABQI : Mengulang mukasurat sebelumnya ikut juzuk 

MANZIL : Mengulang Juzuk yang lama-lama 

 

KELAS PENGAJIAN :

Hari Isnin - Sabtu. ( 6HARI SEMINGGU )

Hari Ahad - Aktiviti bermodul atau bebas/Outting

 

Diselangseli dengan pengajian kitab Tauhid, Feqah, Hadis, dan Bahasa Arab Asas. 

 

FASA KE-3 : PRA SHAHADAH / ITHBAT 10 Juzuk. 

>> Pelajar yang sudah tamat 30 juzuk hafazan akan terus memasuki ujian ITHBAT 10juzuk. ( Ujian Pengulangan Hafazan ).

>> Bermula bulan November hingga Disember. Ujian Ithbat 10 Juzuk adalah program lanjutan selepas tamat hafazan 30 juzuk.

>> Program kemestian bagi pelajar yang sudah khatam.

>> Diselia oleh guru dan Ujian ITHBAT dari guru-guru pakar Shahadah dibawah PITAS. 

>> Pelajar yang tidak berjaya khatam 30 juzuk pada waktu Jan hingga Okt , waktu ini mereka

haruslah berhenti menghafal Hafazan Saba' ( baru), sebaliknya memperkuatkan Hafazan mereka bagi tempoh Nov dan Disember. 

 

FASA KE-4 : MAJLIS GRADUASI PELAJAR

>> Bagi melahirkan Pelajar yang berkualiti, HANYA pelajar khatam 30 juzuk dan 10 juzuk Ithbat yang layak menerima SIJIL INSTITUT. 

Bagi pelajar yang tidak khatam dan tidak ITHBAT, layak menerima Sijil Tamat Pengajian dan Anugerah Cemerlang ( mengikut Kategori terpilih) dan dibuka penyertaannya semula pada sesi pengajian baru. 

 

 ======================================================================================

 

10 DISIPLIN YANG WAJIB ADA PADA PELAJAR/WARIS.

 

1- KESANGGUPAN & KOMITMEN

Tidak ada jurulatih bola yang sanggup tunjukajar kepada pemain yang tidak bersedia untuk sanggup dibentuk dan tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya. Begitu jugalah untuk seorang guru memandu anak murid untuk berada dalam pengajian ini.

 

2- BERUSAHA KUAT

Guru yang baik akan berusaha untuk menjayakan anak muridnya semampu boleh. Akan tetapi ianya mustahil jika pelajar tersebut tidak berada dalam suasana yang sama. Kita takkan dapat kejayaan tanpa pelajar itu sendiri melangkah mencapainya. Pelajar perlu percaya dan bekerja keras terhadap proses pembelajaran ini.

 

3- FOKUS

Fokus adalah utama. Silap fokus atau keliru dalam fokus ibarat termakan racun. Tidak ada guru yang sanggup mengajar pelajarnya tidak fokus dalam pembelajarannya.

 

4- HANYA BUAT - IKUTI PROSESNYA.

Kami takkan mengajar anda bagaimana untuk menari. Akan tetapi kami akan menunjukkan bagaimana untuk perbaiki langkah. Perbaiki kesalahan anda sebelum ini dan teruskan langkahan anda dan seterusnya akan nampak kejayaan satu per satu. Kehidupan dan pembelajaran.

 

5- BERGEMA DALAM SEMANGAT

Sangat susah bersama dengan orang yang tidak memberi yang terbaik apa yang mereka mampu buat - Kehadiran Hatinya, semangatnya dan kesemuanya bagi membantu menaikkan prestasi dalam pengajiannya.

 

6- ASAH OTAK  - JADIKAN IANYA TAJAM

Kami tidak mahu memberi jawapan selalu. Malah kami ingin membimbing anda bagaimana membuat soalan untuk anda sendiri menjawab. Ini kerana, disaat otak anda malas untuk berfikir maka kehidupan anda sebenarnya sudah terpenjara dan berada didalam zon yang selesa.

 

7- PERCAYA KEPADA PROSES

Kami akan berhentikan pelajar atau waris yang tidak percaya dan tidak mengikut kepada proses yang ditetapkan. Semestinya kita akan membina kejayaan itu bersama-sama.

 

8- KITA MEMENTINGKAN KEBERHASILAN.

Jika HASIL itu tidak menjadi perkara yang penting. Kenapa anda sanggup berkorban masa dan wang ringgit sekarang?

 

9- DAPATKAN SENTUHAN

Guru - Kerja kami bukanlah memujuk anda. Kerja kami sebagai guru disini ialah bagaimana membantu anda menyelusuri pengajian ini dengan secara lebih rela hati dan tidak terpaksa dalam semua hal. Juga dibantu oleh para waris yang sentiasa ternanti-nanti kejayaan pelajar. 

 

10- BUATLAH KEPUTUSAN - NAK JADI HAFIZ/HAFIZAH ?

Kami bukanlah tempat buang pelajar Institusi pemulihan akhlak. Jika anda inginkan tempat pemulihan akhlak carilah tempatnya yang sebenar. Kejayaan kami sebelum ini terhasil dengan bantuan Allah swt jua, bekerja dengan memberikan khidmat terbaik melalui setiap sistem dan proses yang diwujudkan. Ada perubahan dan penambahbaikkan dari masa ke semasa. Dan kami optimis melakarkan kejayaan bersama-sama anda. Menjadi Hafiz/ah Alquran perlu ada sifat Hamlatul Quran. Sifat pembawa Alquran haruslah perlu menjaganya, membacanya, mengamalkannya dan seterusnya mengajarkannya. Ianya tidak boleh DIBELI dengan wang ringgit semata-mata. Bukanlah itu nilainya.

Namun, berkat kesungguhan pelajar dan rekod keberhasilan pelajar yang lalu membuatkan kita terus melaksanakan tugas ini. Mudah-mudahan berkat kesungguhan pelajar, pergantungan pelajar pada Allah yang menebal, method hafazan yang terbaik, pengorbanan dan kesanggupan, adab dengan guru, rakan-rakan dan ibu bapa, Allah me'REZEKI'kan pelajar dengan hafazan 30 Juzuk Alquran didadanya. Sama-sama kita tuntut saham dan reward kita diakhirat sana.